WAWASAN 2035 Wawasan Negaraku - Bandar Seri Begawan

Report

01 Jan 2020

Image (5)

Pada tahun 2004, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan penubuhan Badan Perencana Kemajuan Jangka Panjang bagi meneliti penyediaan rancangan pembangunan bagi 30 tahun yang akan datang. Hasil daripada dapatan Badan tersebut, visi jangka panjang Negara Brunei Darussalam yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035 telah dilancarkan pada tahun 2008.

Wawasan Brunei 2035 ialah aspirasi jangka masa panjang negara dan rakyat yang berhasratkan Negara Brunei Darussalam berkembang maju dan memastikan masa depan negara terjamin. Pelbagai perancangan dan usaha dijalankan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan penduduknya, di samping menjadikan negara sentiasa aman damai dan berjaya.

Published by Wawasan Brunei

Islamic Pattern

Related publications

Economicblueprint
Report
01 Jan 2021

Towards a Dynamic and Sustainable Economy: Brunei Darussalam's Economic Blueprint

Read More

Image (4)
Report
01 Jan 2016

Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint 2016-2025

Read More